Thursday 26 January 2012

KENALI SIKAP GADIS

Sekiranya anda seorang gadis, anda mungkin akan tersenyum sekiranya apa yang dinyatakan mempunyai persamaan dengan diri anda. Sekiranya anda seorang jejaka, ianya satu bonus untuk mengenali dan memahami sang gadis dengan membaca pernyataan dibawah! Beberapa perkara yang menarik mengenai gadis2 diluar sana termasuklah saya!!wink2 =)

1. PEMALU
Yang ni Rose setuju kebanyakan wanita/gadis mempunyai perasaan malu...namun, ramai jugak gadis zaman sekarang dah hilang rasa malu...tapi, kalau perasaan malu itu ada, boleh nampak pada raut wajahnya yang merah padam menahan malu. Gadis pemalu ni biasanya tak berapa nak layan lelaki yang cuba tackle beliau...bila lelaki wat bunyi2 nakal je,beliau cam takde perasaan..jalan pun tunduk bawah je..takmo bertentang mata...hehe

2. PEMARAH
Gadis/wanita sering dikaitkan dengan pembawaan emosi yang berlebihan...tak terkecuali, perasaan marahnya...tolonglah, sekali wanita itu marah, dia benar2 marah okey? Bila dah marah tu, mula la tarik muncung yang boleh dijadikan hanger penyangkut baju...lalala~

3. SETIA
Gadis semuanya berasal daripada setia...apa yang menyebabkan dia tak setia adalah silap pasangannya...betul tak? err...tak eh?? hehehe....Rose setia je...masuk bakul angkat sendiri...hahaha...tapi para jejaka sekalian, kalau anda berpeluang memiliki gadis yang setia ni, better you dont let her go...sebab gadis inilah yang akan bersama dengan kalian disaat susah dan senang...sanggup berjaga malam selagi korang tak balik rumah...(bagi yg berkahwin jela yer)...

4. SENSITIF
Yang ni memang jelas sekali milik wanita!! yess!! Hati wanita mudah tersentuh...tapi bukan bermaksud dia lemah...menangis adalah jalan yang terbaik untuk mendapat kekuatan...Kadang2 hal yang kecik pon boleh jadi serius...sebab bagi mereka, hal yang kecik turut memberi kesan dalam diri mereka, sebab tu kot diorang sensitif...contohnya? Korang keluar gi tengok bola tanpa bagitau dia, mungkin dia tertunggu2 korang call tapi korang terlupa nak call, dia pun merajuk...merajuk bukannya saje2, dia merajuk tandanya dia nak korang tahu yg dia ambik berat tentang korang...benda remeh je kan? ok, Rose tahu contoh tu tak berapa nak releven...hehehe




5. KEKUATAN
Tolonglah, korang silap kalau korang pikir wanita ni lemah...jangan diukur dengan kekuatan luaran...contohnya, mungkin cara berjalannya nampak cam lembik je, siapa tahu dia memiliki hati yang sangat kuat dan tabah...Allah menciptakan wanita dengan kekuatan dalaman yg luar biasa...kalau tak, masakan wanita mampu melahirkan ramai anak dalam rahim yang sama...masakan seorang ibu mampu membesarkan anak2 yg ramai, masakan seorang wanita sangat tabah menjalani hidup walaupun selepas kematian suami dan anak2 mereka mengalami kecacatan...jelaslah, wanita memiliki kekuatan yang luar biasa...yang mana, air mata adalah sumber kekuatan mereka...sekali lagi Rose tegaskan, menangis tidak bermaksud lemah...

6. PEKA
Wanita juga seorang yang sangat peka...masakan tidak, tarikh korang mula2 berkenalan dulu pon diorang maseh ingat...wanita akan mencatat tarikh2 istimewa dlm otak mereka...apabila mereka fokuskan sesuatu, maka dia akan fokus habis2an...Rose jugak tak nafikan, lelaki pun ada yg jenis peka ni...sekurang2nya, bila peka ni, korang akan tahu do's & dont's dlm sesuatu perkara...contohnya, korang tak suka makan tempoyak, so dia akan ingat sampai bila2...

No comments:

Post a Comment