Sunday 29 July 2012

HANTU KOREA

Tengok tajuk kat atas tu mesti ade yg ingat Rose akan post gambar seram...tapi takdelah...cuma Rose pun terikut sama dengan gelombang industri seni dari Korea yg semakin umpphh!! Dah la lawa,lagu pon best2,lakonan pon ngetop jugak...Rose tak berapa nak layan sangat K-pop ni sebenarnya...tapi lepas tengok TV Show Running Man,tetiba jer Rose minat korean...hahaha...punya hebat TV Show tu...pecah perut Rose duk ketawa tak hengat dunia...memang best la!! Ni ade sedikit gambar peserta Running Man yg kiut2 walaupun ade antaranya dah tua...hehehe



:: Song Joong Ki ::


:: Kim Jong Kook ::


:: Kang Gary ::


:: Song Ji Hyo ::


:: Yoo Jae Suk ::

:: Ji Suk Jin ::


:: Ha Dong Hoon ::

:: Lee Kwang Soo ::




Saturday 28 January 2012

3 JENIS JODOH

Cinta lagi..banyak betol topik cinta...hari2 kita cakap pasal cinta...duk berborak dgn rakan pon cakap pasal cinta jugak...pendek kata,memang tak pernah bosan pon...haha...Rose nak berkongsi 3 jenis jodoh...topik ni Rose ambik daripada movie 'Syurga Cinta'...ala,yg Heliza Helmi berlakon tu la...byk pengajaran dlm cerita tu, terutamanya untuk pasangan anak2 muda yg sedang hangat bercinta....so,apa tunggu lagi? Check it out...



1. JODOH DARI SYAITAN
Jodoh ni banyak yg terjadi kpd anak2 muda zaman sekarang...camne nak tahu jodoh tu dtg dr syaitan? Kita andaikan nama pasangan lelaki dan perempuan ni sebagai Za dan Am...Za dan Am bertemu, kemudian bercinta,..time bercinta tu, diorang mula berpegang2 tangan, konon2 nak feel alam percintaan...then, berlaku la maksiat yg semakin parah...lepas tu, Za pon mengandung...akhirnya, diorg berkahwin sebab nak tutup perbuatan maksiat tu...agak2 korang, perkahwinan diorang nih ikhlas ke atau terpaksa??

2. JODOH DARI JIN
Jodoh ni pon banyak terjadi...camne nak tahu? Si Am ni syok giler2 kat Za...Am memang cinta kat Za, malangnya Za tak nak pon kat Am...pandang muka Ampon tak hingin...last2, Am pon jumpa bomoh, dapatkan minyak pengasih atau apa2 pon semata2 utk dapatkan Za...at last, Za jatuh cinta dan diorang berkahwin..Ish3...sampai camtu sekali...Ya Allah, mintak jauh la dari lelaki camni...

3. JODOH DARI ALLAH
Jodoh ni sukar sangat nak dapat...jodoh ni Insya Allah akan berkekalan sampai mati...kalo tengok zaman sekarang, tak ramai pasangan yg kekal berkahwin...malah, ada yg berkahwin seminggu terus bercerai...agaknya, sebab tu kot ramai artis Hollywood tak lekat kahwin...diorang wat maksiat banyak sebelum kahwin...huhu...camne nak tahu jodoh ni? Mula Am dan Za bertemu, mata bertentangan terus jatuh hati...tanpa membuang masa, Am pon terus selidik tentang keluarga Za dan Za sendiri...bila Za tiada yg punya, Am pon cepat2 masuk meminang...taknak tunggu couple pon...Za pon terima, dan akhirnya diorang berkahwin..sesungguhnya, perhubungan yg ikhlas kerana Allah tanpa mencemarkan walau sedikitpon dengan unsur maksiat, Insya Allah, perhubungan tersebut akan diredhai Allah dan berkekalan hingga ke syurga..


Itu sahajalah yg mampu Rose dapat untuk dikongsi bersama...mintak maaf atas nama samaran yg Rose reka2 tu...tak bermaksud utk mengaitkan yg hidup atau meninggal dunia...jadi, apa yg anda fikirkan?? Jodoh anda yg mana satu?? Semoga kita semua mendapat jodoh yg ketiga...Rose pon tak tahu siapa calon suami Rose sebab Rose takde kekasih pon...Rose taknak couple2 ni, sebab Rose nakkan jodoh dari Allah...Insya Allah...sweetnye!! Gatai dok? hehe...alah,sekali sekala..=) oklah, see you next post! tadaaa...

Thursday 26 January 2012

KENALI SIKAP GADIS

Sekiranya anda seorang gadis, anda mungkin akan tersenyum sekiranya apa yang dinyatakan mempunyai persamaan dengan diri anda. Sekiranya anda seorang jejaka, ianya satu bonus untuk mengenali dan memahami sang gadis dengan membaca pernyataan dibawah! Beberapa perkara yang menarik mengenai gadis2 diluar sana termasuklah saya!!wink2 =)

1. PEMALU
Yang ni Rose setuju kebanyakan wanita/gadis mempunyai perasaan malu...namun, ramai jugak gadis zaman sekarang dah hilang rasa malu...tapi, kalau perasaan malu itu ada, boleh nampak pada raut wajahnya yang merah padam menahan malu. Gadis pemalu ni biasanya tak berapa nak layan lelaki yang cuba tackle beliau...bila lelaki wat bunyi2 nakal je,beliau cam takde perasaan..jalan pun tunduk bawah je..takmo bertentang mata...hehe

2. PEMARAH
Gadis/wanita sering dikaitkan dengan pembawaan emosi yang berlebihan...tak terkecuali, perasaan marahnya...tolonglah, sekali wanita itu marah, dia benar2 marah okey? Bila dah marah tu, mula la tarik muncung yang boleh dijadikan hanger penyangkut baju...lalala~

3. SETIA
Gadis semuanya berasal daripada setia...apa yang menyebabkan dia tak setia adalah silap pasangannya...betul tak? err...tak eh?? hehehe....Rose setia je...masuk bakul angkat sendiri...hahaha...tapi para jejaka sekalian, kalau anda berpeluang memiliki gadis yang setia ni, better you dont let her go...sebab gadis inilah yang akan bersama dengan kalian disaat susah dan senang...sanggup berjaga malam selagi korang tak balik rumah...(bagi yg berkahwin jela yer)...

4. SENSITIF
Yang ni memang jelas sekali milik wanita!! yess!! Hati wanita mudah tersentuh...tapi bukan bermaksud dia lemah...menangis adalah jalan yang terbaik untuk mendapat kekuatan...Kadang2 hal yang kecik pon boleh jadi serius...sebab bagi mereka, hal yang kecik turut memberi kesan dalam diri mereka, sebab tu kot diorang sensitif...contohnya? Korang keluar gi tengok bola tanpa bagitau dia, mungkin dia tertunggu2 korang call tapi korang terlupa nak call, dia pun merajuk...merajuk bukannya saje2, dia merajuk tandanya dia nak korang tahu yg dia ambik berat tentang korang...benda remeh je kan? ok, Rose tahu contoh tu tak berapa nak releven...hehehe




5. KEKUATAN
Tolonglah, korang silap kalau korang pikir wanita ni lemah...jangan diukur dengan kekuatan luaran...contohnya, mungkin cara berjalannya nampak cam lembik je, siapa tahu dia memiliki hati yang sangat kuat dan tabah...Allah menciptakan wanita dengan kekuatan dalaman yg luar biasa...kalau tak, masakan wanita mampu melahirkan ramai anak dalam rahim yang sama...masakan seorang ibu mampu membesarkan anak2 yg ramai, masakan seorang wanita sangat tabah menjalani hidup walaupun selepas kematian suami dan anak2 mereka mengalami kecacatan...jelaslah, wanita memiliki kekuatan yang luar biasa...yang mana, air mata adalah sumber kekuatan mereka...sekali lagi Rose tegaskan, menangis tidak bermaksud lemah...

6. PEKA
Wanita juga seorang yang sangat peka...masakan tidak, tarikh korang mula2 berkenalan dulu pon diorang maseh ingat...wanita akan mencatat tarikh2 istimewa dlm otak mereka...apabila mereka fokuskan sesuatu, maka dia akan fokus habis2an...Rose jugak tak nafikan, lelaki pun ada yg jenis peka ni...sekurang2nya, bila peka ni, korang akan tahu do's & dont's dlm sesuatu perkara...contohnya, korang tak suka makan tempoyak, so dia akan ingat sampai bila2...

Sunday 22 January 2012

Curahan Hati

Awak tak perlu menjadi sempurna untuk saya,
cukup sekiranya awak membuatkan hidup saya menjadi sempurna
Dimana awak adalah suara dikala saya tak mampu berbicara
Awak adalah mata disaat saya tak mampu melihat
Awak adalah semangat diwaktu saya lemah
Awaklah sumber kekuatan ketika saya terjatuh
Awak punca sokongan apabila saya bangkit kembali
Cukup,
Cukup sekadar awak melengkapkan kekurangan saya
Dan saya tak memerlukan perkara lain
kalau itu hanya sekadar melemahkan saya.



Thursday 19 January 2012

Bila si dia tidak lagi sukakan anda...

Banyak gadis atau jejaka yang mengalami masalah ni. Frust bercinta. Ada yg bercinta bertahun-tahun tapi hampeh, pasangan anda mula buat hal. Lepas tu,anda pun kecewa bukan main lagi sampai ade yg sanggup bunuh diri. Berbaloi ke?? Ish3...kalau Rose, Rose takmo bazirkan kehidupan Rose camtu je..penat tau mak bapak Rose jaga Rose dari kecik, tibe2 Rose nak rosakkan hidup Rose demi lelaki. Rose pun pernah mengalami masalah ni, seriously, its hard...tapi kita kena yakin, Allah adalah penentu segalanya...Dia telah tentukan jodoh kita dari dalam rahim ibu kita lagi...Tarik nafas dan yakin,pasti ada seseorang yang telah diciptakan khas hanya untuk kita...(senyum sorang2)...hehehe



Tanpa membuang masa, cuba tengok tanda2 yg si dia mula buat hal dlm perhubungan.

1. MULA MENCARI PELBAGAI ALASAN
 
Si dia akan mula cari alasan. Contohnya, kenapa dia jarang keluar dengan kita? Kalau dulu, belum pun waktu lunch, beria2 ajak keluar makan. Sekarang ni, kita pulak yg beria-ria ajak dia keluar. Bila ditanya, dia cakap keje banyak, tak sempat nak keluar. Camtu jugak kalo time2 lapang ke, dia jarang ajak gi mana2..macam2 alasan yg diberi, kadang2 tak masuk akal...contohnya, saya berkabung sebab kucing saya mati...memang tak munasabah tu...mintak2 takde la org camni ye...hehe..so, anda tak perasan?? Kalo perasan, get ready la...jeng3

2. MENCAPAI KATA PUTUS

"Kita putus!" - Itu salah satu kata direct yg membawa maksud memutuskan perhubungan. Ada pasangan yg berkata, "awak terlalu baik utk saya" - camne tu?? Baik sangat pun jadi masalah ke?? Pelik2...kalo Rose, Rose nak yg baik sebab Rose akan cuba menjadi yg terbaik utk dirinya...ade pulak yg berkata, "saya bimbang akan beralih arah, saya tak mampu bagi komitmen"...ayaa, kalo sidia benar2 nakkan anda, kenapa sidia tak yakin dgn diri sendiri...org yg sayangkn kita, walau lama manapun, walau sukar manapun, dia akan pertahankan cintanya...sebab tu wujudnya pepatah, "lautan api pun sanggup kurenang"...pikir2 la...

3. BERSIKAP TAK KISAH / ACUH TAK ACUH

Ada sesetengah pasangan akan jadi camni terutamanya bila dah lama kapel. Rose tabik mereka yg pertahankan hubungan mereka. Kalo perkahwinan zaman dulu2, ade yg bertahan sampai 30-40 tahun...zaman sekarang, 30 hari jer...10 hari pun ade...antara sebabnya, sikap tak kisah...sebelum dapat,bukan main kejar, rebut, tackle, kenyit2 mata, romantik segalanyalah...selepas dapat je, biarkan...nak call sehari sekali pun susah...kenapa? sebab dia rasa, kita dah jadi milik dia...so, dia tak kisah dah la...bagi yg sayangkan kita, dia tak akan buat camtu...romantiknya tetap ada...tengok pasangan2 zaman dulu yg masih bertahan hingga kini, romantiknya tetap kelihatan...cukup sekadar ucap sayang setiap hari, pun dah romantik..tak semestinya kena beli bunga sentiasa..=)

4. MULA MELENTING TAK TENTU PASAL

Yang ni banyak yg terjadi...ada pasangannya yg selama ini, baik giler2, sekarang dah jadi zalim giler2...kasar tak bunyi tu?? Sori yer kalo terkasar...hehe...bila kita tanya, kenapa balik lambat? Bukan jawapan yg diberi, penampar pulak yg dihadiahkan...yg ni banyak terjadi kat kaum hawa yg mana suami2 mereka mula membina 'rumah kedua'...rumah kedua tu cawangan la...cawangan tu maksudnya isteri lagi satu...merana la isteri pertama...yg paling sedih, bila si suami memukul2 kita, sebaliknya madu dilayan dgn baik...wahai kaum adam (yg berperangai camni), hormatilah kaum wanita...kami adalah sumber penyambung generasimu...


So, setakat ini,itu sahaja yg mampu Rose kongsikan pandangan Rose...bagi yg terasa hati, Rose mintak maaf....Rose pun pernah mengalami situasi sebegini...tapi percayalah, selagi iman kita kuat, selagi itulah Allah akan memelihara kita...InsyaAllah...smile always...=)

Tuesday 17 January 2012

Welcome To My Page!

Assalamualaikum pembuka bicara...


Arrghhh!!! Lega rasenye...kenapa?? apa,ingat lega baru lepas ke tandas ke?? hahaha...lega bila blog rose dah siap...bukan senang nak buat blog neh...hehehe...kerek je ayat tu kan,cam ngade2 jer...cuba wat muka lega & gembira sikit cam kucing kat atas tu...haha...kan best kalo hari2 ngadap kucing muke camtu...rase nak bagi penampor je..hehe..well,apa lagi?? tepuk tangan untuk blog baru Rose..hehe



Thank you...Rose buat blog ni untuk share pandangan,idea dan juga memberi nasihat kepada sahabat2 yg memerlukan...bukan sekadar memberi,rose juga bersedia menerima pandangan korang jugak...kata orang2 tua dulu, "orang memberi kita merasa,orang berbudi kita berbahasa"...jadi,hormatilah warga tua...teras masyarakat.... :)


Rose takmo cakap panjang2 (padahal menaip je),semoga korang dapat sedikit info untuk diri korang...akhir sekali, layan gambar2 dibawah...huhu




Haha...sape kata singa jantan berani?? Tengok,takut bini tuuu....sampai x dapat nak lari mana2 dah...ok,see you again...assalamualaikum